Wednesday 9 November 2011

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri


Anjing:

Januari 01-09 ~ April 01-03 ~ Jun 15-20 ~ Julai 10-15 ~ September 28-30 ~ Disember 01-16 ~

Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.





Tikus:

Januari 10-24 ~ Mac 16-23 ~ April 15-26 ~ Jun 01-03 ~ Jul 01-09 ~ Ogos 16-25 ~

Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik
perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:

Januari 25-31 ~ Mac 13-15 ~ Mei 22-31 ~ November 01-16 ~

Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai
orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan.
Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu
arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan
oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:

Februari 01-05 ~ Mac 24-31 ~ Jun 25-30 ~ Julai 27-31 ~ September 15-27 ~ November 17-30 ~

Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu
sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:

Februari 15-21 ~ Oktober 16-27 ~ Jun 04-14 ~ Ogos 26-31 ~ April 27-30 ~

Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu
akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian,
sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba
menyakitkan hati
mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang
sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa
akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah
juga
adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan
praktikal.


Merpati:

Februari 06-14 ~ Mei 14-21 ~ Julai 16-26 ~ September 01-14 ~ Disember 26-31 ~

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan,
kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman
serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu
adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat
yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di
dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu
mudah jatuh cinta!






Harimau Bintang:

Februari 22-28 ~ April 04-14 ~ Oktober 28-31 ~

Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan
tenangnya
. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran
tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam
orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman
yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah
yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman
menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.


Monyet:

Mac 01-12 ~ Mei 01-13 ~ Jun 21-24 ~ Ogas 01-15 ~ Oktober 01-15  ~ Disember 17-25 ~


Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan
dengan pantas
. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka
apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan
dengan masalah
dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu
mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada
kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu
bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.